Belia dan NALS #YouthAwakens

Posted on By 66

This article is extracted from poetry recital by Hj Shazrul bin Hj Samin, Media Officer at the NALS Movement 2017 on 21 January 2017

Februari datang muncul seolah tersenyum
Menara Dato Onn disirami semangat kepimpinan
Membawa cahaya aspirasi secerah harapan belia
Berjalan melihat dunia berlari menggapai impian
Berenang merentas cabaran berkelana liku perjalanan

. . .

Bangkitlah Belia
Mengapa masih membatu seribu bahasa?
Berkhayal tiada arahnya
Bermimpi tiada gunanya
Bukalah mata, lihat duniamu
Terbentang luas peluang dan pilihan

. . .

Bangkitlah Belia
Ke mana kibaran panji semangat jiwamu?
Lenyap apakah dimamah rakusan propaganda
Tergoda dengan pujukan hawa dan rayuan jaka
Bangunlah dari ulikan mimpi
Mimpi yang menggugat masa
Agar kembali hidupkan kobaran semangat

. . .

Bangkitlah Belia
Laungkan gegak gempita suara
Menjulang ikrar belia NALS
Tiba kini masa
Buktikan semangat sumpah NALS
Berjuang tanpa batasan kuasa belia
Mempertahankan maruah pertualang NALS

. . .

NALS generasi unggul
NALS tonggak masa hadapan
Lahirnya pemimpin gocangan dunia
Lahirnya ketua memimpin
Demi kemajuan negara bangsa
Cerminan kejayaan maruah negara
Dibawah payung NALS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *